diRyku yG serbE kEkuraNgan~

My photo
mrindukan tarbiah untuk hati yang tandus..ayuhlah rayu rohmu kearah redho Allah:)

Thursday, April 23, 2009

KEPUTUSAN UPU 1 MEI 09

NI, COPY DARI HEBAHAN TERBARU, KERATAN AKHBAR!
SMOGE AQ DAN KITE SEMUA BOLEH MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK MASE DEPAN YG GEMILANG DA JALAN ALLAH! (^0^)/

KENYATAAN AKHBAR

TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN
KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM / SETARAF
SESI AKADEMIK 2009/2010
_____________________________________________
1. Sukacita dimaklumkan bahawa sejumlah 166,261 permohonan
telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan untuk kemasukan
ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010.

2. Dimaklumkan Mesyuarat Penyelarasan Bersama dengan Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) pada 11
September 2008 telah bersetuju akan mengguna pakai dasar
tawaran terbuka (double offer) di mana calon lepasan SPM yang
layak akan menerima dua (2) tawaran iaitu sama ada untuk
mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program
Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

3. Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM telah
diumumkan pada 17 April 2009 dan tarikh pendaftaran ke Kolej
Matrikulasi KPM adalah pada 11 Mei 2009. Manakala keputusan
permohonan Kemasukan Ke IPTA bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
akan diumumkan pada 1 Mei 2009. Sehubungan itu, calon
Lepasan SPM mempunyai tempoh masa yang secukupnya untuk
membuat keputusan yang bijak dalam memilih program yang
diminati berdasarkan tawaran yang diterima.

4. Sekiranya seseorang calon mendapat dua (2) tawaran, iaitu dari
BMKPM dan juga IPTA, calon boleh menolak salah satu daripada
tawaran tersebut dan mendaftar ke program tersebut mengikut
jadual yang ditetapkan. Jika hanya menerima satu tawaran
sahaja iaitu Program Matrikulasi KPM, adalah dinasihatkan
calon mendaftar ke program tersebut mengikut jadual.
Seandainya, calon memilih untuk menolak tawaran BMKPM, nama
calon akan diproses dan dipertimbangkan sekiranya memenuhi
syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria
pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan
Kemasukan Ke IPTA. Calon diwajibkan membuat pengesahan
setuju terima tawaran IPTA dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh
keputusan diumumkan melalui laman web IPTA berkaitan.

5. Sehubungan itu, keputusan dasar yang dipersetujui, jika calon
telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM, nama calon
tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan
kemasukan ke IPTA oleh BPKP JPT.

6. Hanya calon-calon yang mengemukakan permohonan ke BPKP
JPT dan tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja boleh
mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan yang boleh dicapai mulai
1 Mei 2009 jam 12.00 tengah hari melalui URL
http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh
keputusan diumumkan.

7. Maklumat lanjut mengenai status keputusan permohonan
kemasukan ke IPTA boleh dirujuk melalui talian atau saluran
berikut 03-8883 5858 / 5848 dan e-mel upu@mohe.gov.my serta
melayari laman web rasmi kemasukan ke IPTA

5 comments:

Anonymous said...

thanks for the info!!...
sgt2 berguna...
=]]

MUJAHIDAH(^0^)/ said...

ur most welcome my dear fwen!
(^0^)/

tidak dikehendaki said...

really appreciate for the info.. thanks! ;)

hidayah said...

salam ya rafiq,
izin ana copy ya.

WeBViDeOKLiP said...

tq for the info