diRyku yG serbE kEkuraNgan~

My photo
mrindukan tarbiah untuk hati yang tandus..ayuhlah rayu rohmu kearah redho Allah:)

Tuesday, February 24, 2009

khusyuk.ku.dalam.sujud.ku




Hatim al- Ashom merawikan..
Ketika tiba solat,

kusempurnakan wudhukku,

aku pergi ke tempat solat,

aku diam sejenak kerana hendak megumpulkan seluruh jiwaku,

lalu kudirikan solat.

Aku jadikan Kaabah di depan mataku,

sirat di bawah tapak kakiku,

Syurga di kananku,

Neraka di kiriku,

Malaikat maut dibelakangku,

dan ku kira itu solatku yang terakhir,

kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut,

aku takbir dengan bersungguh-sungguh,

membaca dengan tartil,

rukuk dengan tawadhuk,

sujud dengan khusyuk,

aku duduk tahyiat awal dan akhir dengan ikhlas

dan aku tidak tahu

apakah solatku

diterima

atau

TIDAK


Solat 5 waktu ibarat sungai yang banyak airnya mengalir pada tiap2 seorang kamu. Setiap hari ai mandi di situ lima kali. Apakah ia masih kotor? Yakni solat itu membersihkan dosa. Kecuali dosa besar. Jika solat dilakukan dengan khusyuk. Jika tidak, maka solat itu ditolak.


Mula2 sekali yang akan dihisab pasa hari kiamat adalah solat. Jika dia telah menyempurnakannya maka ringanlah hisab baginya. Jika dia meringan-ringankannya Allah berkata pada malaikat, Adakah hambaku-Ku mengerjakan solat sunat? Sempurnakan yang fardhu dengannya.


Apalah lagi yang terasa bagi orang yang berdiri di hadapan Allah dan malaikat maut dibelakangnya, neraka dikirinya dan sirat di bawah tapak kakinya??

No comments: