diRyku yG serbE kEkuraNgan~

My photo
mrindukan tarbiah untuk hati yang tandus..ayuhlah rayu rohmu kearah redho Allah:)

Thursday, April 23, 2009

KEPUTUSAN UPU 1 MEI 09

NI, COPY DARI HEBAHAN TERBARU, KERATAN AKHBAR!
SMOGE AQ DAN KITE SEMUA BOLEH MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK MASE DEPAN YG GEMILANG DA JALAN ALLAH! (^0^)/

KENYATAAN AKHBAR

TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN
KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM / SETARAF
SESI AKADEMIK 2009/2010
_____________________________________________
1. Sukacita dimaklumkan bahawa sejumlah 166,261 permohonan
telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan untuk kemasukan
ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010.

2. Dimaklumkan Mesyuarat Penyelarasan Bersama dengan Bahagian
Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) pada 11
September 2008 telah bersetuju akan mengguna pakai dasar
tawaran terbuka (double offer) di mana calon lepasan SPM yang
layak akan menerima dua (2) tawaran iaitu sama ada untuk
mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program
Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

3. Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM telah
diumumkan pada 17 April 2009 dan tarikh pendaftaran ke Kolej
Matrikulasi KPM adalah pada 11 Mei 2009. Manakala keputusan
permohonan Kemasukan Ke IPTA bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi
akan diumumkan pada 1 Mei 2009. Sehubungan itu, calon
Lepasan SPM mempunyai tempoh masa yang secukupnya untuk
membuat keputusan yang bijak dalam memilih program yang
diminati berdasarkan tawaran yang diterima.

4. Sekiranya seseorang calon mendapat dua (2) tawaran, iaitu dari
BMKPM dan juga IPTA, calon boleh menolak salah satu daripada
tawaran tersebut dan mendaftar ke program tersebut mengikut
jadual yang ditetapkan. Jika hanya menerima satu tawaran
sahaja iaitu Program Matrikulasi KPM, adalah dinasihatkan
calon mendaftar ke program tersebut mengikut jadual.
Seandainya, calon memilih untuk menolak tawaran BMKPM, nama
calon akan diproses dan dipertimbangkan sekiranya memenuhi
syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria
pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan
Kemasukan Ke IPTA. Calon diwajibkan membuat pengesahan
setuju terima tawaran IPTA dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh
keputusan diumumkan melalui laman web IPTA berkaitan.

5. Sehubungan itu, keputusan dasar yang dipersetujui, jika calon
telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM, nama calon
tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan
kemasukan ke IPTA oleh BPKP JPT.

6. Hanya calon-calon yang mengemukakan permohonan ke BPKP
JPT dan tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja boleh
mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan yang boleh dicapai mulai
1 Mei 2009 jam 12.00 tengah hari melalui URL
http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh
keputusan diumumkan.

7. Maklumat lanjut mengenai status keputusan permohonan
kemasukan ke IPTA boleh dirujuk melalui talian atau saluran
berikut 03-8883 5858 / 5848 dan e-mel upu@mohe.gov.my serta
melayari laman web rasmi kemasukan ke IPTA

Wednesday, April 22, 2009

PENOLONG DI HARI PEMBALASAN

Alquran tafsir yg berzip, sgat bergune dan kalo boleh aq nk kasik kat semua orng. So, nnti setiap owng ade. bile2 rase diri dan jauh dari Allah, cepat2 bukak dan bace dengan hati ayat2 Allah dan terjemahan nye, kite akan rase bhawe allah 2 sngat dekat ngan kite. dan kalo tngok surah albaqarah dah cukup untuk menitiskan air mate kite kalo kite betul2 menghayati dengan mata hati kita. antare ayat yang sememangnye mengetarkan sanubari ialah ayat yang ketujuh "ALLAH TELAH MNGUNCI PINTU HATI DAN PENDENGARAN MEREKA, PENGLIHATAN MRK TLAH DITUTUP DAN BGI MEREKE AZAB YANG MAHA DASYAT!" ya Allah, sayangilah hambeMu yang hine dan bergelumag dose ini..(!0!)

yang ni, jenis diary, lawa jgak! tapi aq prefer yang berzip, jadi xcepat rosak, yang mane2 pown elok, tapi, yang paling penting ialah sejauh mane kite menghayati nye,, insyallah.


Persoalan yang sangat simple, sudahkan kite membace alquran? dah? memahami alquran? dah? menghayati? emmm, menginsafi diri melalui surat cinta ALLAH? dah? Aq sendiri tak pasti,, tapi hakikatnye, kaum kafirin pembenci islam sudah lame mghayati dan mengamati tiap bait2 kate Allah yang agung 2..dan dasyat nyew mereke mnggunekan penghayatan itu untuk mematahkan dan memperkecilkan islam..(nauzubilllahiminzalik)

dulu, umat islam sangat agong dan jiwa mereke sangat utuh kerana mereke hidup dngan jiwa yang penuh dengan pimpinan alquran. bagi mereke, HIDUP ADALAH SEPERTIMANE ALLAH TENTUKAN(edit:ally iskandar ckp). jadi jelas alasan bagi kehancuran jiwe2 muslim di zaman ini. kehidupan yang membuktikan kata2 baginda rasulullah dimana dah tak dapat nk ari lagi,, kitelah buih2 yang hidup di akhir zaman.

So! sangat la peting untuk kite tidak sekadar membace alquran, tapi menghayatinye.walaupun kite xpaham bahase arab.kite boleh bace terjemahan nye. sangat bergune. amatlah malang kalo kite xdapat memahami dan menghayati ayat2 Allah sebelum smpai ajal kite. nauzubillah. kalo difikir2 kn, ibadah membace alquran atau segale jenis ibadah sekalipun,, semuenye kebaikan untuk diri kite..dan sekirenye kite tak lakukan pon, Allah xrugi ape2..malang nye kalo kite xditiupkan roh petunjuk dari Allah..jom! hayati bukak tafsir alquran!(^0^)/

ARRUHUL JADID


Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia


LAGU WAKTU KEM USRAH NO PAIN NO GAIN DI NUR LEMBAH PANGSUN..
MENBANGKITKAN SEMANGAT JIHAD 2..
HUHUHU~

Monday, April 20, 2009

MAKAN.DALAM2


#temu janji dengan Allah#




#adab2 meminjam#

RENUNGAN BERSAME, KENGKADANG HAL2 SIMPLE NI DIPNDANG REMEH OLEH UMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN NI,,HUHU(^0^)???

RAJIN2 LA BUKAK WEBSITE NI,, PENUH DENGAN BAHAN TARBIAH, KOMIK2 YG LEN POWN ADEW! SLAMAT BERKUNJUNG!
http://dakwah.info/main/

Sunday, April 19, 2009

HENTAKAN!! MALANG @ UNTUNG!

Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa friendster dan myspace para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang kini jauh dari mata. Cumanya ada beberapa friendster dan myspace yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah, malu kepada Allah? Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum. Apatahlagi kalau orang boleh ‘copy’ tanpa izin.

> Saya menjadi kesal dan terlalu sedih kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.

> Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda.Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

> “ comelnya awak”

> “ geramnye..cantik”

> “ aduhai, lawanya mata”

> Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar. Apakah untungnya hal2 dunia yang fana ini?

> Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berhijab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan hijab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian berhijab jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berhijab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah.Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk malu dengan diri anda kerana fungsi hijab telah terhapus sepenuhnya!

> Wanita Muslimah...Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

bersusah2 kita melindungi diri dari panahan mata2 yang haram, namun pandangan2 itu masih dapat menatap diri kita sewenang-wenangnya. maka hijablah dirimu sepenuh nya. malulah pabila yang ajnabi melihat mu.termasuklah melihat lakar wajahmu.

> Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini.Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan hijab yang selama ini dijaga dijaja kepada mata-mata yang tidak halal memandang.

MAAF JIKA MENYAKITI SESIAPA, NIAT SEMATA2 MNEYEDARKAN HAL YG MUNGKIN XTERINGAT DEK HATI.
JOM HAPOSKN WAJAH2 MUSLMAH DRI TATAPAN MEREKA YG XBERHAK!
(^O^)V

MUJAHIDAH???

.::ASSALAMUALIKUM::.
~BISMILLAH~


SEKEBALINYE PERASAAN UNTUK MENJENGOK BLOG MILIK SENDIRI NI, SETELAH SEKIAN LAME, KERANE AQ RASE BAHAWESENYE TULISAN2 YG AQ SMPAIKAN SLAMENI MNYAMPAIKAN HAL2 DUNIE YANG XLEBIH DARI BANGKAI2 HERETAN ANJING2 LIAR.
MASE2 YANG AQ HABISKAN TERSASAR MEMIKIRKAN BAGAIMANE MNCANTIKKAN BLOG SNDIRI, MENGADVANCEKN TEKNOLOGI, DAN SETERUSNYE, TANPE SEGAN SILU AQ MNGAKUI, TIMBUL KEINGINAN MEMILIKI BLOG YG KELIHATAN GAH,,ASTAGHFIRULLAHHALAZIM.. LANTAS MENIMBULKAN RIAK DIHATI..(TROK NYE AQ NI)

NMUN, DENGAN KESEDARAN YANG DICAMPAKKAN OLEH ALLAH AZZAWAJJALLLA, AQ TERSUNGKUR SENDIRI DENGAN DUNIE IMPIAN KU. AQ BERTEMU DENGAN BNYAK HENTAKAN2 KERAS DI HATIKU, DIJIWE KU..HAKIKATNYE, HENTAKAN ITULA HIDAYAH LEMBUT MILIK ALLAH. BERTAPA AQ LEKE DENGAN HAL DUNIE YANG LAGHA CIPTAAN KAFIR LAKNATULLAH, MENENGGELAKAM HAKIKAT ABADI CIPTAAN HAMBA2 HINA MILIK ALLAH, "tidaklah aq mnciptakan manusia da jin melainkan untuk beribadah kepadaku."

AQ KMBALI..
+DNG CAP, SBB PUAS!
+MUJAHIDAH, JIHAD DIJALAN ALLAH!
+WAJAH YG SEHABIS2AN AQ HAPUSKAN DARI PNDANGAN MEREKE YANG TIDAK LAYAK!
=.=''

Saturday, March 7, 2009

.No.Pain.No.Gain.

sumPah:D
Bismillahirahmanirrahim..
kami ummat Muhammad bersyahadah..
siang dan malam kami..
masa muda dan masa tua kami..
masa lapang dan masa sibuk kami..
masa sakit dan masa sihat kami..
masa senang dan masa susah kami..
hidup dan mati kami..
semuanya dan segalanya..
adalah untuk dakwah..
INSYALLAH:D
Allahu Akbar!
walillahilham~

*sumpah yg kitorang bwat hari kat kem..insyaallah:*D

1 ariban ari2 da abeh..tapi skarang bru ade perasaan nk tulis..kem TFT..or training for trainer..name dye..::NO PAIN NO GAIN: huhu..memang sesuai ngan name dye..
2words 2discbribe it..

besh!
penat!

  • kitowang asing lakipompan..xcep time msok utan, redah sungai, makan, majlis ilmu..
  • akhwat bahagi2 kumpulan..aq? kumpulan Ha.Mim.Alif.Sin.HAMAS
  • mule2, kem mule dngan tayangan yang buat aq sedar bertape xbersatunye umat islam, ofcorse.bagi aq..kejatuhan khalifah..
  • icebreaking yang paling berkesan penah aq bat, sbb b42 nie icebreacking pown stillxknal tapi,kali nie,,aq da ingat name2 downg time 2gak..
  • akak shuhada, ketue urusetie yang snagt tegas, kate2 dye mmg tajam dan sngat mendalam maksud dye.hehe.
  • time men game last, aq sngat penat..minda aq jiwe aq penat..mmikirkan klu 7 perut bergerak..
  • lambat giler brulah hamas berjaye!
  • last, men war game..gilek ah..hasilnyew..aq kne attack kaw2..kehkeh..tudung aq koyak2..shakira!!!!kehkeh:D first2, aq da dpat bendere dowang, tapi keadaan dye memag hancus. tinggal kayu jew..kehkeh,,spe suro srang aq kehkeh..so, 'bendere' 2 xleh pakai..kne serang lagi nak dapatkan part2 yng len(stlah bekecai aq kerjekan)
  • time game 2 or 'bine orang' lbeh kurang explorace..tapi lgi extream, kne hafal ayat Quran.hadis. carik Al-Hamra,, aq yang memang pemalu nie..xleh nak lari dpan owng..tapi last2 time hujan..aq menyelamberkan diriku..bat donno jew lari mnyelamatkan diri..kehkeh..
  • progrem nie mmg tekesan giler ah..tepat kt hati aq..
aq da WINDU nak g lagi..
Nur Lembah Pangsun..

Wednesday, February 25, 2009

manisnya.dunia.sementara.


dunia ini rumah orang yang tidak tidak ada rumah,

kekayaan orang yang tidak ada harta

yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal

yang merebutnya hanyalah orang yang tidak berilmu

yang mendengkinya hanyalah orang yang tidak faham pada agama

dan yang mengusahakannya hanya orang yang tidak mempunyai keyakinan.


siapa diwaktu pagi lebih mementingkan dunia

maka dia tidak memiliki sesuatu dari Allah.

malah Allah akan menetapkan 4 hal dalam hatinya.

kedukaan yang tak pernah ada putusnya

kesibukan yang tak pernah ada rehatnya

kefakiran yang tak pernah sampai kayanya

dan angan2 yang tak pernah ada hentinya.


Dunia itu berada diantara langit dan bumi. sejak diciptakan, Allah tidak pernah melihatnya. Ketika di hari kiamat, dia berkata,"ya tuhanku, jadikanlah aku dekat dengan wali2 mu pada hari ini. Allah berkata, "diamlah engkau, wahai yang tak berguna apa2! Sesungguhnya aku tidak merelakan engkau bagi mereka di dunia. Apakah aku akan merelakanmu bagi mereka di hari ini?

aq.mengetagged.korang.



salam..

khas buat sahabatku..




aq tagged shabatku..

shakira, een, aan, myra, ainaa


letaklah kat page



Tuesday, February 24, 2009

aku.dan.kematianku.

waktu terus berlalu.
sedangkan dosa kian bertambah.
malaikat maut datang bertamu.
namun hati tatap lalai.
nikmatmu di dunia.
hanyalah kepalsuan dan kerugian.
hidupmu di dunia.
adalah muhal dan batil.

ku fikirkan hari perhimpunan dan kiamat.
juga tertanamnya pipiku di bawah pusara.
sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya.
tubuhku tergadai dengan tanah liat.
kurenungkan panjang dan lebarnya hisab.
juga hinanya makamku waktu diberi kitab.
namun harapku kepada Engkau.
Wahai tuhanku.
Wahai penciptaku.
Engkau ampunilah kesalahanku.

khusyuk.ku.dalam.sujud.ku




Hatim al- Ashom merawikan..
Ketika tiba solat,

kusempurnakan wudhukku,

aku pergi ke tempat solat,

aku diam sejenak kerana hendak megumpulkan seluruh jiwaku,

lalu kudirikan solat.

Aku jadikan Kaabah di depan mataku,

sirat di bawah tapak kakiku,

Syurga di kananku,

Neraka di kiriku,

Malaikat maut dibelakangku,

dan ku kira itu solatku yang terakhir,

kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut,

aku takbir dengan bersungguh-sungguh,

membaca dengan tartil,

rukuk dengan tawadhuk,

sujud dengan khusyuk,

aku duduk tahyiat awal dan akhir dengan ikhlas

dan aku tidak tahu

apakah solatku

diterima

atau

TIDAK


Solat 5 waktu ibarat sungai yang banyak airnya mengalir pada tiap2 seorang kamu. Setiap hari ai mandi di situ lima kali. Apakah ia masih kotor? Yakni solat itu membersihkan dosa. Kecuali dosa besar. Jika solat dilakukan dengan khusyuk. Jika tidak, maka solat itu ditolak.


Mula2 sekali yang akan dihisab pasa hari kiamat adalah solat. Jika dia telah menyempurnakannya maka ringanlah hisab baginya. Jika dia meringan-ringankannya Allah berkata pada malaikat, Adakah hambaku-Ku mengerjakan solat sunat? Sempurnakan yang fardhu dengannya.


Apalah lagi yang terasa bagi orang yang berdiri di hadapan Allah dan malaikat maut dibelakangnya, neraka dikirinya dan sirat di bawah tapak kakinya??

Sunday, February 22, 2009

.roh.yang.sombong.





Malhab berlalu dan bersyair,
kuhairan orang yang membanggakan rupanya.
dulu ia air yang menjijikkan.

kelak, segala kecantikan itu


menjadi bngkai busuk di kuburnya.


Khalaf Al-Ahmar bersyair,



Ku mempunyai teman cinta dunia.


banyak kesalahan dari kebenaran yang ia ada.


lebih keras dari kumbang kepala.

berjalan lebih sombong dari burung gagak.




Yang lain juga bersyair,

ku berkata pada orang yang sombong.

temanku mati tidak boleh kembali.


wahai orang yang dihadang kematian.


mengapa tidak mahu merendahkan diri?





Zun-Nun al-Misri juga bersyair;


wahai orang yang sombong keterlaluan.


kita adalah selonggok tanah.


kehidupan ini hanyalah permainan.


setiap langkah menuju pada kematian.



Firman Allah,


Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau itu tiada dapat menembus bumi dan tiada akan engkau sampai setinggi gunung.




Ya Allah..
aku berlindung kepada-Mu dari hembusan kesombongan.

.LuAHAn.JiWe.Ku.

owhh..hitamerahku


kate2 untuk diry ku!!!



Jike kau mndakwe ko adalah seorang muslim, make jadilah seorang muslim yang sebenar2 nyew muslim dan bukanlah manusia yang mempersendekan agamenye...ambillah ISLAM itu secare keseluruhan dalam hidupmu..dan bkan sbahagian2 shaje yang kau amalkan..





bertaubatlah sbelom ko MATI..


ingatlah KUBUR mu nnti jadikan ia SYURGE pertame


dan bukanlah NERAKE durjane..








MATI ITU PASTI


ramai sudah mnemui nyew..


giliran kau jua bakal tibe..


dengan apakah yang akan ko bawe bersame??






DOSE node..NAFSU menggile..


atau AMALAN bergande..PAHALE bercahaye??




cintailah akhirat dari dunie..

kasihanilah jiwe dan roh mu yang kelaparan..

menanti belas bukan beban..

beramallah seperti muslim yang ko dakwekan..


Monday, February 16, 2009

.usrah.berjuang!




SALAM
Dah sekian lame baru aq update bende nih..kuikui~aq just nak cter perkare2 yang berkaitan dengan tarbiah yang aq ikut slame nih..usrah..mule kat sekolah lame b4 aq masok MRSM Merbok..kat MAKTAB MAHMUD..
aq memang da terlibat dengan usrah..tapi dekat MRSM..aq da besar sket.. aq jadik lebeh serius dengan pendekatan tarbiah dan dakwah..kerane aq sedar bahawe diri aq nie serbe kekurangan dan aq blom dapat jamin diri aq tergolong dalam para solihin apabile maut datang menjemput aq nanti..jadik aq pown mengjoinkan diri dalam usrah yang dijalankan oleh sis2 kesayangan aq from USM..kak yati dan kak lida..sepanjang taon aq form 5..aq ikut usrah..tapi ble abeh skolah..kak yati still follow up and contect ngan member2 usrah len..dan kitorang ade program after skull..mule2 aq join kem kat Kuale Kangsar.. Name kem 2..From ZERO to HERO..


gempak tol name dye..kuikui~sewonok..dapat tarbiah..banyak aktiviti yang kitowang buat..tapi yang paleng penteng..kitowang diasingkan laki pompan..aq suke sangat sebab kelemahan terbesar aq ialah..aq memang x leh join mane2 laki yang aq x knal..menggigil..kuikui~ aq x biase..kecuali da btol2 kenal..dan daripade kem KUALE KANGSAR 2..


ade lagi kem kat KEPALE BATAS..tapi aq x dapat datang coz..aq dew kat johor mase 2..CUPID aq kawen beb..kuikui~dan time 27 sampai 1 mac nie kitowang adew kem lagi kat HULU LANGAT..aq kompom pegi punyer la..kalo boleh la..IINSYAALLAH..coz umah aq dkat jew kat c2..adek aq pown skolah tahfiz kat situ..excited nyew..

Thursday, November 27, 2008

Aku dan Tuhanku..

Salam....
aku swonok..spm dah lenyap dari idopku..
tp aku sedey ble cekgu aku kate....Slamat menjadi orang....????
pikir dalam2..aku bukan orang kew???
tapi skang aku paham..aku kene jadik orang yang betol2 idop dalam dunie nie...
ade kate kite akan bebas dalam dunie baru nanti dah tak terikat dalam sekola da...
tapi...sbenayer aku lagi ske dok diam2 dan tak kuar saneh smpai la aku betol2 da ready...
iman dan jiwe aku...aku tengok dunie mmg da jauh dari islam...
sume tak sperti yang Nabi Muhammad nak...
dalam keredhaan Allah...
aku sedey....
tapi skang nie aku still tak kuar lagi coz..aku still dalam skul aku tuk tunggu trip g terengganu...
smapai mase nanti aku kene gak kuar dok ngan dunie luar saneh...
ibarat buih dilautan.....
doakan aku tak slah satu daripade nyer..
ameeeeennnnnnnnnnn.......